Thursday 4 October 2012

Rafflesia

Apa yang terlintas di fikiran korang bila sebut pasal Rafflesia? Adakah korang akan terfikir pasal....

(A)
Kopipasta dari Google sebab tak mampu lagi tengok secara live =.='

atau

(B)
Pinjam dari website Rafflesia

Oh, kalau selama ni orang bercakap pasal Rafflesia mesti aku akan terbayangkan gambar B tu. Bling bling je mata. Aku tahu kewujudan yang si A tu, tapi mana lebih menarik? Mestilah gambar B tu kan..

Actually, aku sebut pasal Rafflesia ni sebab tajuk tesis aku adalah pasal....

Rafflesia, si bunga mayat...

Aku agak kecewa jugaklah. Bukan agak, memang kecewa pun, sampai aku melalak dalam bilik. Punyalah semangat aku isi borang  tesis mintak lecturer yang mengajar aku jadi supervisor, sekali lecturer yang memang aku tak kenal dan tak mintak pun yang aku dapat. Lepas tu bila mintak tukar semua tak bagi ( diorang tak tahu yang aku minat sangat nak buat pasal kultur tisu, alih alih aku dapat pasal bunga mayat ni )

Hari ni aku bolehlah terima kenyataan. Mungkin ada hikmahnya kut, aku pun tak tahu. Sebenarnya, kata supervisor aku banyak misterinya Rafflesia ni. Contohnya, kenapa ia susah nak tumbuh dan kenapa ia boleh jadi salah satu bunga terbesar di dunia. 

Tapi, bagi aku kaji pasal Rafflesia ni sangatlah boring sebab aku tak pernah expect pun mende ni. Cuma aku teringat kata-kata supervisor aku. Beliau pesan, "kalau nak sesuatu perkara menjadi menarik kita mestilah latih diri untuk tertarik dengan perkara tersebut."

Yang pastinya, tesis aku ni melibatkan ilmu yang baru aku belajar iaitu Bioinformatik. Mendalah ni pakai software contohnya Blast dan ClustalW. Memang tak samalah dengan software komputer atau software budak IT sebab software ni direka khas untuk saintis yang kaji pasal struktur molekul. 

Dan setiap software ni berkait rapat dengan database yang menyimpan maklumat pasal molekul-molekul yang baru ditemui samaada dalam bakteria, tumbuhan atau manusia. Contoh database tu macam PDB, atau GenBank. 

OK, melebih lebih pulak aku cerita. Tapi kalau nak tahu lebih, silalah bertanya atau mintak En Google carikan. Bye, jumpa lagi!! ;)

#oh ye, cuba-cubalah share sikit pendapat korang pasal apa yang menariknya tentang bunga mayat ni... kut2 dapat idea nak buat presentation besok