Friday, 21 September 2012

Jadual Yang Lompong

Selamat petang... ( kalau baca waktu petang laa )

Dah hampir tiga minggu kot aku bertapa kat kampus, sekarang baru aku boleh update blog. Ekceli, ni blog baru memandangkan blog lama aku buat hal. Baru aku perasan, penat jugak nak buat blog baru ni. =.= ( menyesal )

Dan, sepanjang tiga minggu ni macam macam perkara dah berlaku dan of course macam nightmare pon ada. Dahlah aku kena buat tesis dengan dapat supervisor yang bukan ajar aku. Pulak tu, subjek yang aku paling tak suka! ( Tak tahu tajuk apa aku bakal dapat nanti... :S )

Tapi, aku bersyukur sangat sebab sem ni jadual aku tak packed cuma aku kena bertapa kat makmal sebab nak buat tesis dan research. Ce tengok jadual aku, rasa macam nak melompat sebab pertama kali jadual banyak lompong.
Oh ye, jadual aku comel kan? hihi... ( gelak gedik )
Yang paling best sebab first time hari Jumaat aku takde kelas. Kalau sape yang pernah bukak blog aku dulu mesti pernah baca yang aku cerita pasal ke'busy'an aku. Aku harap tahun ni membolehkan aku fokus betul2 dengan tesis memandangkan masa lompong tu banyak. 

Mungkin, aku akan jadi gadis makmal sebab kemungkinan besar tesis aku berkaitan dengan molekul... ( Padahal, buat tesis apa pun memang aku kena duduk kat makmal kut ) Sesiapa yang bakal buat tesis tu, good luck eh. Jom sama-sama perah otak bebeh!

14 comments:

nadia farhana said...

waa bestnye

~SaL IjOu~ said...

da 5 tahun meninggalkan dunia study..x sangka pulak rasa..best of luck ya!~ ^^

oh,mekasih singgah n folo blog sepi missfroggy..tuan rumah ada urusan penting..nnt hujung tahun kembali~ ^^

dill said...

comelnye jadual! hehe. bile jadual ade lompong2, mmg heaven. jangan sampai sejuk beku di makmal ye :)

dill.

cik_tyNa said...

best la dapat jadual mcm tu, sy dapat dua hari offday !! selasa jumaat, so skola tiga hari je, hehe.. btw gud luck 4 ur tesis !!

shiyda said...

woww gadis makmal . hehe :P gudluck ! :)

Wawa Mohamad said...

thanks guys!!! memang best jadual lompong2 macam tu tapi still rasa berdebar nak buat tesis :)

Everything's Everythings said...

Wahhh comelnya jadual.. dgn neat plak tu waktu class xD
best la kan?
ap2 pun gd luck utk this sem!

oh nnti try la letak sekali link blog dkt dlm profile sebab susah nk terjah balik xD
nasib baik ad tinggalkan link dkt cbox tadi ;P

Arham Md Ali said...

Thanks baca blog am. dulu pernah duduk UKM 2 bulan belajar bahasa Arab dekat Kolej Rahim Kajai, tahu kolej tu?

Wawa Mohamad said...

cik_tyna : bestnyalah dapat cuti dua hari ;)

EE : ohh, ye ek? sorry tak sempat nak renovate blog

Am : whoa! senior...kolej tu kecik kan?

dell_e said...

selamat bertesis yeee :)

gudluck for this sem~

Arjuna Silvera said...

keep on blogging

eenie minniey said...

waaa bes la dia ! comey je jadual :D

HanaNabihah said...

Eh. Wawa pun UKM ek? Hana dok ibu zain. Hihi. Same la jugak kita. Thn akhir. thn tesis. Aigoo~ Dah susah hati dah ni walaupun kelas mmg 2 hari je. Isnin selasa. Apapun Good Luck! Semoga kita same2 dpt grad dgn cemerlang nanti =D

Wawa Mohamad said...

Dell_e : thanks eh..

Hana : yup, Good luck for you too! semoga kita sama2 dapat grad tahun depan :)