Saturday, 22 September 2012

Keguguran Rambut

Assalamualaikum...

Aku sebenarnya tak tahu nak susun ayat bahasa melayu yang betul maka sebab tu tajuk entri ni macam pelik sikit. Betul kot istilah keguguran rambut kan?

Aku percaya memang majoriti wanita kat Malaysia mengalami masalah rambut gugur even dalam iklan tv pun selalu promote shampoo yang mengurangkan rambut gugur. Entahlah, aku tak tahu boleh percaya ke tidak produk kecantikan rambut ni semua. Dah macam-macam produk aku cuba tapi semuanya sama je. 
prevent hair loss
sebab dia cun, aku tempek muka dia kat sini ;)
Punca rambut gugur ni sebab utamanya adalah genetik/keturunan takpun pemakanan seseorang itu. Malah, keadaan persekitaran pun turut menyumbang kepada masalah rambut gugur dan sangat berisiko lebih-lebih lagi pada golongan yang tak bertudung.

Mungkin sesetengah individu, bila pakai shampoo A rambut dia dah kurang gugur tapi orang lain pakai tak jadi apa-apa pun. So, pemakaian alat-alat bantuan ni tak semestinya berkesan. Aku ada kawan yang belajar pasal farmaseutikal ni dan dia pernah bagitahu keguguran rambut juga boleh berlaku disebabkan pemakaian deodoran yang sangat kerap.

Jadi, aku rasa kalau nak mengatasi masalah rambut gugur ni perlulah dirawat secara dalaman dan usaha sendiri bukan setakat luaran sahaja. Sebagai contohnya, ( yang aku tengah praktikkan dan so far ada perubahan )

1) Kurangkan pemakaian deodoran - kalau duduk kat rumah tak payah nak pakai deodoran sangat kan
2) Jangan terlampau kerap sikat rambut anda dan jangan terlalu kasar - anak rambut jadi tak kuat melekat pada kulit kepala, so ini memudahkan rambut gugur
3) Ambil makanan yang berprotein seperti ayam, ikan
4) Jangan selalu tarik/ libas rambut bila stress ye...
5) Kurangkan makanan pedas dan fast food - makanan ni boleh mempengaruhi pertumbuhan rambut especially fast food yang kaya dengan MSG

Ini yang aku tahu dan cuba praktikkan, kalau nak tahu tips lain boleh baca kat SINI
Walaupun sumber tu wikipedia, tapi aku rasa ianya boleh dipraktikkan.
Sekian, :')

7 comments:

dill said...

oh. setakat ni rambut saye tak banyak yang gugur. pakai pantene utk kawal kelemumur

dill.

HanaNabihah said...

Haa. sama la Hana pun. hari2 sapu bilik tetap ade rambut yg gugur2 tu. huhu. sedih. err~ mcm mana deodoren bole buat rambut gugur ek?

Wawa Mohamad said...

Dill : ok lah, kiranya pantene sesuai dengan rambut awak :)

hana : ekceli dalam deodoran ada bahan aluminium yang mana bila kita apply deodoran, ia akan membolehkan bahan ni accummulate dalam darah dan pergi ke otak, dan akan affect kesihatan rambut... ada pakar mengatakan bahan ini boleh menyebabkan breast cancer and alzheimer, betul atau tak saya tak pasti ;)

Piepy said...

waa, nice info! hehee

Miss Nana Farhana said...

waa.. info yg brguna.. dulu nana ada prob ni.. mcm2 nana pakai tapi x mnjadi.. smpai lah nana start pakai shampoo head n shoulders 3 taun yg lpas.. alhamdulillah ok smpai skrg..

hainom OKje said...

TQ for sharing.... memang betul..tak leh nak elak!

Ash Give said...

banyak makan ajinomoto mengkali..:P